Bahan-bahan:
300 gm daging batang pinang - dihiris nipis
3 cawan beras basmathi - dibersihkan
1 1/2 cawan sayur campur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa
4 - 5 ekor udang besar
4 - 5 ekor sotong sederhana besar - buang kulit & urat hitam
4 - 5 biji telur rebus - digoreng sekejap
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan rempah daging
1 1/2 sudu teh rempah garam masala
1 sudu teh tomato puri
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 batang kulit kayu manis
2 biji bawang besar - dikisar (A)
5 ulas bawang putih - dikisar (A)
10 gm halia - dikisar (A)
5 ulas bawang merah - dihiris
2 biji tomato - dibelah 8
4 tangkai cili hijau - dibelah 2
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masak beras dengan 4 cawan air hingga keing. Tutup periuk dan kecilkan api.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masakdalam periuk. Tumiskan bawang merah. Masukkan kulit kayu manis, bahan (A), bawang merah dan rempah-rempah.
3. Masak rempah ini biar lama sedikit dengan memasukkan air sedikit demi sedikit dan kacau selalu hingga berbau.
4. Masukkan buah tomato, cili hijau dan tomato puri. Seterusnya masukkan daging dan 3 cawan air. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
5. Apabila kuah agak kering sedikit, masukkan udang, sotong, telur, daun pudina, susu cair dan santan. Kacau rata dan masukkan pula garam dan gula pasir.
6. Bubuh sayur campur di atas nasi dan tutupkan periuk sekejap. Kemudian buka penutup dan gemburkan nasi itu sambil masukkan daging, sotong dan telur ke dalam nasi. Tutupkan periuk semula dan biarkan selama 3 - 4 minit.
7. Semasa menghidang, masukkan nasi dalam setiap satu pinggan bersama 1 ekor udang, 1 ketul daging, 1 ekor sotong dan sebiji telur.
No comments:
Post a Comment