Advertisement

Tuesday 22 November 2011

Nasi Ambeng

    Sekarang ni cuti sekolah dah bermula. Sudah tentunya ramai di antara kita yang mendapat undangan ke majlis-majlis kenduri sama ada majlis kenduri kahwin, majlis berkhatan, kenduri kesyukuran dan sebagainya. Tidak kurang juga yang akan mengadakan dan mengendalikan sendiri majlis-majlis tersebut. Kali ini Nasi Malaysia ingin memberikan anda resepi untuk membuat Nasi Ambeng yang semakin popular pada masa kini. Nasi Ambeng bukan sahaja diminati oleh kalangan penduduk yang berketurunan Jawa malah telah diminati oleh kebanyakan penduduk Malaysia. Cuma bahan dan cara membuatnya agak rumit sedikit. Walau bagaimana pun, apa salahnya kalau kita mencuba untuk membuatnya sendiri.. Selamat mencuba.....

Nasi Ambeng

Bahan-bahan Asas:
Beras 1 gantang - dibasuh dan ditanak
10 ekor ikan masin bulu ayam - digoreng

 Bahan-bahan Mee Goreng:
1 kg mee kuning
200 gm udang basah yang kecil
100 gm taugeh
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 sm halia - dihiris
1/2 sudu makan gula pasir
3 batang sawi - dipotong kecil
Sedikit kicap manis
Sedikit kicap masak
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah berbau, masukkan cili kisar.
2.  Kemudian masukkan udang, gula pasir dan dikacau rata. Seterusnya masukkan sawi dan biarkan hingga layu.
3.  Masukkan pula mee dan kicap manis. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul sehingga rata. Tutupkan api.

Bahan-bahan Serunding:
200 gm kacang tanah - digoreng dahulu kemudian asingkan.
200 gm udang kering - ditumbuk
4  ulas bawang merah - ditumbuk
3  ulas bawang putih - ditumbuk
1/2  sudu makan rempah biji - ditumbuk
1  sudu teh jintan manis - ditumbuk
2  hiris lengkuas - ditumbuk
1/2  biji kelapa parut - diramas sekali
Sedikit asam jawa - diramas sekali
1 1/2  sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk.
2.  Masukkan kelapa parut, gula, garam dan serbuk kunyit. Digaul hingga rata. Kemudian masukkan sehingga agak kering. Setelah masak, ambil kacang tanah yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaulkan bersama bahan yang dimasak tadi.

Bahan-bahan Sambal Goreng:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
100 gm tauhu kering - digoreng kemudian diramas-ramas.
1 paket suhun - digoreng kemudian diramas-ramas
3 keping tauhu putih - dihiris kecil dan digoreng
4 keping tempe - dihiris kecil dan digoreng
2 biji kentang - dihiris kecil dan digoreng
10 tangkai cili kering - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan minyak masak
Sedikit kicap pekat
Sedikit udang kering
Sedikit udang basah

Cara Membuat:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga berbau wangi. Masukkan cili kering, udang kering dan udang basah. Setelah bahan tadi agak masak, campurkan dengan bahan-bahan yang telah pun digoreng. Masukkan gula dan kicap pekat secukup rasa. Jika agak kering, masukkan sedikit air agak-agak 1/2 cawan agar kelihatan sedikit basah.

Bahan-bahan Tumisan Jawa:
3 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 paket suhun - direndam
2 biji kentang - dipotong kecil memanjang
Kacang panjang - dipotong menyerong
Kacang soya - direbus sehingga empuk
50 gm ikan bilis
4 keping tempe - dipotong kecil
100 gm udang basah yang kecil
2 biji cili merah - dihiris
Santan pekat - daripada 1 biji kelapa
1 1/2 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat:
Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan udang, kentang, kacang panjang, tempe, kacang soya dan santan pekat bersama gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering.

Bahan-bahan Ayam Goreng:
1 ekor ayam - dibersih dan dibelah empat.
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat:
1.  Gaul ayam bersama kunyit dan garam. 
2.  Goreng dalam minyak yang banyak sehingga ayam menjadi garing. Toskan.

Tumisan jawa, serunding & mee


1 comment: