Advertisement

Saturday, 26 November 2011

Nasi Ayam Belanga

Emmm...Cuti semester dah bermula di kebanyakan universiti, politeknik dan kolej di Malaysia. Kebanyakan anak-anak yang merantau untuk mendapatkan ilmu akan dan telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak kurang juga yang singgah untuk mengunjungi sanak-saudara yang berhampiran dengan tempat belajar. Tentunya ramai yang tidak sabar-sabar untuk merasai masakan dari air tangan ibu ( atau ayah..) masing-masing. Bagi anak-anak muda yang berada nun jauh di perantauan (oversea), boleh la mencuba sendiri resepi Nasi Ayam Belanga ini.....Jommm....


Nasi Ayam Belanga

Bahan-bahan:
600 gm beras - dibersihkan
1.5 liter air
100 gm gula buah kundur - dihiris 1 cm
100 ml sos tiram
60 ml minyak masak
6 keping cendawan Cina
3 keping paha & betis ayam - dibuang tulang dan dihiris
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
50 gm ikan kurau masin tanpa tulang - dihiris 1 cm
3 ulas bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
2.5 cm halia tua - dicincang
2 tangkai daun ketumbar - dicincang
1 tangkai daun bawang - dicincang

Cara Membuat:
1.  Rendam cendawan dalam air panas selama 20 minit. Perah airnya dan dihiris.
2.  Perap ayam dan cendawan bersama sos tiram, kicap manis dan kicap pekat.
3.  Sementara itu, jerang air hingga mendidih. Masukkan beras dan masak hingga kembang. Angkat dan toskan airnya.
4.  Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga perang. Angkat dan toskan.
5.  Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan campuran ayam dancendawan. Kacau selama 2 - 3 minit atau hingga ayam masak.
6.  Masukkan gula kundur dan ikan masin. Gaul rata dan angkat.
7.  Sendukkan nasi di atasnya dan bubuh baki ayam di atas nasi. Tutup rapat dan jerang dengan api paling perlahan selama 8 - 10 minit.
8.  Hidangkan nasi bersama daun ketumbar dan daun bawang cincang.


Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment