Advertisement

Thursday, 3 November 2011

Nasi Hujan Panas


Bahan-bahan:
500 gm beras basmathi - dibersihkan
900 ml air
3 sudu makan minyak sapi
5 ulas bawang merah - dihiris (A)
1 ulas bawang putih - dihiris (A)
1 cm halia - dihiris (A)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan (A), kulit kayu manis dan bunga cengkih.
2.  Masukkan beras, garam, daun pandan dan air. Masak hingga nasi kering.
3.  Titiskan tiga jenis pewarna pada nasi. Tutup periuk selama 6 - 8 minit.
4.  Gaulkan nasi itu hingga warnanya bercampur rata.
5.  Biarkan nasi kering dengan api yang perlahan. Hidangkan nasi ini dengan lauk.

2 comments:

  1. Resepi yang menarik. Sesuai untuk dihidangkan semasa Hari Raya Aidil Adha.

    ReplyDelete
  2. yang ni sah2 sedap..kecur liurlaaa

    ReplyDelete