Advertisement
Saturday, 29 October 2011
Nasi Minyak
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi - dibersihkan & tos
1.5 liter air
150 ml susu cair
150 gm minyak sapi
100 gm kacang pis
80 gm gajus bakar
50 gm bawang goreng
Sedikit garam
Bahan-bahan (A):
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Bahan-bahan (B) dikisar:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sm kunyit
3 sm halia
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan (A) dan diikuti bahan (B). Kacau hingga berbau.
2. Masukkan beras dan kacau selama 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan garam, air dan susu cair.
4. Masak hingga nasi kering, tutupkan periuk dan kecilkan api.
5. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, kacang pis dan gajus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment