Advertisement
Thursday, 27 October 2011
Nasi Beriani
Bahan-bahan:
500 gm beras basmathi-dibersih & ditoskan
850 ml air
125 ml minyak sapi
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning / oren
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau.
2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.
3. Kemudian masukkan beras, garam dan air. Kacau hingga rata.
4. Apabila nasi hampir kering, titiskan pewarna dan tutupkan periuk.
5. Masak lagi selama 10 minit. Perlahankan api dan kacau nasi tadi hingga rata warnanya.
6. Kemudian masak lagi selama 5 minit. Hidangkan dengan kuah beriani dan acar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment