Advertisement

Sunday, 30 October 2011

Nasi Jagung

Bahan-bahan:
2 kg beras basmathi
5 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan majerin
2 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
1 cawan jagung segar atau jagung frozen
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Ukuran airnya 1:1  iaitu 1 pot beras = 1 pot air

Bahan Penumis:
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar - dihiris

Bahan Kisar:
2 sm halia
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dan majerin dan masukkan daun pandan. Masukkan bahan penumis, kacau sekejap hingga bawang hiris layu dan masukkan bahan kisar.
2.  Masukkan susu cair, biarkan sebentar baru masukkan air, gula dan garam secukup rasa. Tutup periuk, biarkan mendidih.
3.  Apabila sudah mendidih, masukkan beras dan kacau rata.
4.  Apabila dah naik wap, masukkan jagung dan kecilkan api. Kacau nasi sekali lagi.
5.  Tutup periuk, kecilkan api. Biarkan nasi masak.

Nasi Kacang Dal

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi - dibersihkan & tos
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan santan ( dari 1/2 biji kelapa )
3/4 cawan kacang dal - direndam selama 6 jam - toskan airnya dan dibersihkan.
1 sm kunyit hidup - dikisar (A)
1 sm halia - dikisar (A)
1 biji bawang besar - dikisar (A)
1 batang kulit kayu manis
3 sudu makan minyak sapi
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Masukkan beras ke dalam periuk. Tuangkan santan, air dan kacang dal. Jerangkan dengan api yang sederhana.
2.  Kemudian masukkan bahan (A), kulit kayu manis, daun pandan, minyak sapi dan garam. Kacau rata-rata.
3.  Bila air nasi kering, tutupkan periuk dan kecilkan api. Masak lagi selama 8 minit.

* Serbuk kunyit boleh menggantikan kunyit hidup.

Saturday, 29 October 2011

Nasi Malaysia: Nasi Minyak

Nasi Malaysia: Nasi Minyak: Bahan-bahan: 1 kg beras basmathi - dibersihkan & tos 1.5 liter air 150 ml susu cair 150 gm minyak sapi 100 gm kacang pis 80 gm gajus ...

Nasi Minyak


Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi - dibersihkan & tos
1.5 liter air
150 ml susu cair
150 gm minyak sapi
100 gm kacang pis
80 gm gajus bakar
50 gm bawang goreng
Sedikit garam

Bahan-bahan (A):
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan

Bahan-bahan (B) dikisar:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sm kunyit
3 sm halia

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan (A) dan diikuti bahan (B). Kacau hingga berbau.
2.  Masukkan beras dan kacau selama 2-3 minit.
3.  Kemudian masukkan garam, air dan susu cair.
4.  Masak hingga nasi kering, tutupkan periuk dan kecilkan api.
5.  Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, kacang pis dan gajus.

Nasi Tomato


Bahan-bahan:
500 gm beras wangi - dibersihkan & tos
500 gm beras biasa - dibersihkan & tos
1.5 liter air
150 gm minyak sapi atau majerin
150 ml tomato puri
100 gm badam hiris - dibakar
100 gm kacang pis
80 gm kismis
Bawang goreng secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A):
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar - dihiris

Bahan-bahan (B) dikisar:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sm halia

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi @ majerin dalam periuk. Tumiskan bahan (A).
2.  Masukkan bahan (B). Kacau lagi hingga berbau.
3.  Kemudian masukkan tomato puri. Kacau selama 2 minit.
4.  Seterusnya masukkan campuran beras wangi dan beras biasa.
5.  Kacau selama 3 minit atau hingga kering airnya.
6.  Kemudian masukkan air dan garam. Kacau dan tutupkan peiuk.
7.  Setelah nasi kering, taburkan bawang goreng, kismis, kacang pis dan badam hiris.

Friday, 28 October 2011

Nasi Beriani Gam

Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang - dikiub 12
1 kg beras basmathi - dibasuh & ditoskan
2.5 liter air
300 gram bawang besar - dihiris bulat
150 gram dadih
50 gram badam - dibakar & dikisar
200 ml susu cair
150 ml minyak sapi
100 ml air mawar
30 gram daun pudina - dihiris
30 gram daun ketumbar - dihiris
8 ulas bawang putih -dikisar (A)
4 sm halia - dikisar (A)
5 sudu makan rempah beriani
5 biji tomato - dihiris kecil
Sedikit pewarna jingga & kuning
Air secukupnya - mengempukkan daging
5 sudu makan bawang goreng
60 gram gajus bakar
40 gram kismis
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi, goreng bawang besar hingga berbau. Angkat.
2.  Masukkan bahan (A) dan rempah beriani. Kacau hingga berbau.
3.  Bubuh daging, tomato, badam, susu cair, dadih, separuh daun pudina, daun ketumbar dan air. Kacau sekali-sekala hingga daging empuk. Tambah garam secukup rasa.
4.  Masukkan beras ke dalam air mendidih. Kacau hingga nasi agak kembang. Toskan.
5.  Dalam periuk elektrik, ratakan 2-3 senduk nasi, renjiskan air mawar, pewarna kuning dan jingga, bawang goreng dan taburkan sebahagian dedaun.
6.  Ratakan sedikit lauk daging, diikuti nasi, air mawar, pewarna dan lain-lain hingga habis. Alas kain atau tuala bersih di atasnya dan tutup periuk.
7  Letakkan benda berat di atas periuk. Kemudian tanak kira-kira 30 minit atau hingga masak. Sajikan dengan gajus dan kismis.

Thursday, 27 October 2011

Nasi Beriani


Bahan-bahan:
500 gm beras basmathi-dibersih & ditoskan
850 ml air
125 ml minyak sapi
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning / oren
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau.
2.  Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.
3.  Kemudian masukkan beras, garam dan air. Kacau hingga rata.
4. Apabila nasi hampir kering, titiskan pewarna dan tutupkan periuk.
5. Masak lagi selama 10 minit. Perlahankan api dan kacau nasi tadi hingga rata warnanya.
6. Kemudian masak lagi selama 5 minit. Hidangkan dengan kuah beriani dan acar.