Advertisement

Tuesday 29 November 2011

Nasi Lagundi

Nasi Lagundi

Bahan-bahan:
250 gm beras wangi - dibersihkan
5 gm daun lagundi
1 helai daun pandan
50 gm bawang merah - dikisar
30 gm halia - dikisar
1 biji kelapa - santan secukupnya
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan mentega
Garam secukup rasa

Cara  Membuat::
1.  Daun lagundi dikisar bersama santan hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk.
2.  Kemudian, masukkan beras, bawang merah, halia, serbuk lada hitam, mentega, daun pandan dan garam.
3.  Masak nasi ini sama seperti memasak nasi lemak.

Pokok Lagundi

Monday 28 November 2011

Nasi Kurma

Nasi Kurma

Bahan-bahan:
1 kg beras wangi - dibersihkan
750 ml santan kelapa
Air secukupnya
Garam & minyak masak

Bahan Kuah Kurma:
300 gm daging lembu
150 ml santan kelapa
1 biji bawang besar - dihiris (A)
3 ulas bawang putih - dihiris (A)
Sedikit halba - dihiris (A)
3 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan jus limau nipis
1cawan stok daging
4 kuntum bunga cengkih - bahan (B)
3 biji buah pelaga - bahan (B)
3 cm kulit kayu manis - bahan (B)

Cara-cara Membuat:
1.  Kuah kurma : Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A) dan bahan (B) hingga garing.
2. Masukkan rempah kurma, stok daging, santan, garam dan daging. Masak hingga daging empuk.
3.  Jerangkan air dan santan di dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan beras. Masak hingga nasi hampir kering.
4.  Ratakan daging kurma ini di atas nasi. Tutupkan periuk dan biarkan nasi itu masak sepenuhnya.

Sunday 27 November 2011

Nasi Istanbul

Di pagi-pagi minggu seperti hari ni rasa-rasanya ingin memasak sesuatu hidangan yang agak berlainan sedikit daripada hari biasa. Di awal pagi lagi, 'krew' Nasi Malaysia telah ke pasar untuk membeli bahan-bahan keperluan untuk dimasak. Mari kita berkongsi resepi Nasi Istanbul...
Nasi Istanbul

Bahan-bahan:
450 gram beras biasa
950 ml air
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cm halia - dihiris
4 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan rempah beriani
3 ekor ketam - digoreng dengan kunyit hingga masak
11 - 12 ekor udang - digoreng dengan kunyit hingga masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Penumis:
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan penumis dan bahan hiris. Kacau rata.
2.  Masukkan rempah beriani dan kacau lagi hingga berbau.
3.  Seterusnya masukkan beras, air dan garam. Masak dengan api sederhana hingga airnya kering.
4.  Kemudian masukkan ketam dan udang ke dalam nasi. Kacau rata hingga sebati. Tutupkan periuk dan masak lagi dengan api kecil selama 5 - 8 minit.

Selamat mencuba.....

Saturday 26 November 2011

Nasi Ayam Belanga

Emmm...Cuti semester dah bermula di kebanyakan universiti, politeknik dan kolej di Malaysia. Kebanyakan anak-anak yang merantau untuk mendapatkan ilmu akan dan telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak kurang juga yang singgah untuk mengunjungi sanak-saudara yang berhampiran dengan tempat belajar. Tentunya ramai yang tidak sabar-sabar untuk merasai masakan dari air tangan ibu ( atau ayah..) masing-masing. Bagi anak-anak muda yang berada nun jauh di perantauan (oversea), boleh la mencuba sendiri resepi Nasi Ayam Belanga ini.....Jommm....


Nasi Ayam Belanga

Bahan-bahan:
600 gm beras - dibersihkan
1.5 liter air
100 gm gula buah kundur - dihiris 1 cm
100 ml sos tiram
60 ml minyak masak
6 keping cendawan Cina
3 keping paha & betis ayam - dibuang tulang dan dihiris
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
50 gm ikan kurau masin tanpa tulang - dihiris 1 cm
3 ulas bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
2.5 cm halia tua - dicincang
2 tangkai daun ketumbar - dicincang
1 tangkai daun bawang - dicincang

Cara Membuat:
1.  Rendam cendawan dalam air panas selama 20 minit. Perah airnya dan dihiris.
2.  Perap ayam dan cendawan bersama sos tiram, kicap manis dan kicap pekat.
3.  Sementara itu, jerang air hingga mendidih. Masukkan beras dan masak hingga kembang. Angkat dan toskan airnya.
4.  Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga perang. Angkat dan toskan.
5.  Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan campuran ayam dancendawan. Kacau selama 2 - 3 minit atau hingga ayam masak.
6.  Masukkan gula kundur dan ikan masin. Gaul rata dan angkat.
7.  Sendukkan nasi di atasnya dan bubuh baki ayam di atas nasi. Tutup rapat dan jerang dengan api paling perlahan selama 8 - 10 minit.
8.  Hidangkan nasi bersama daun ketumbar dan daun bawang cincang.


Selamat mencuba....

Friday 25 November 2011

Nasi Risotto

Nasi Risotto

Bahan-bahan:
1 kg beras - dibersihkan
100 ml minyak masak
1.6 liter air
800 ml stok ayam
200 gm bebola ayam
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
200 gm jagung muda - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
3 bawang merah - dihiris (A)
3 ulas bawang putih - dihiris (A)
1 kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
50 gm bawang goreng
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A), buah pelaga dan kulit kayu manis.
2.  Kemudian masukkan bebola ayam, jagung muda, cili merah, serbuk lada sulah dan garam.
3.  Masukkan kiub pati ayam, air dan stok ayam.
4.  Apabila mendidih, masukkan beras dan masak hingga nasi kering.
5.  Ketika menghidang, gaulkan nasi ini dengan bawang goreng.

Wednesday 23 November 2011

Nasi Oren Berjagung

Nasi Oren Berjagung

Bahan-bahan:
500 gm beras basmathi
830 ml air
120 gm jagung dingin beku
50 gm mentega
70 ml susu cair
2 helai daun pandan - disimpulkan
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 cm kulit kayu manis
1 biji oren - ambil kulitnya & dihiris halus
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A) dikisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Membuat:
1.  Panaskan mentega dan minyak dalam kuali.
2.  Tumiskan bahan (A) hingga berbau. Bubuh air, susu cair, daun pandan, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan garam.
3.  Bila mendidih, masukkan beras dan dikacau sekali-sekala hingga mendidih.
4.  Setelah airnya kering, kecilkan api. Buat 'lubang' di tengah, masukkan jagung serta kulit oren. Tutup periuk dan biarkan selama 8 - 10 minit. Gaul rata dan tutup periuk semula. Biar hingga nasi masak sempurna.

Tuesday 22 November 2011

Nasi Ambeng

    Sekarang ni cuti sekolah dah bermula. Sudah tentunya ramai di antara kita yang mendapat undangan ke majlis-majlis kenduri sama ada majlis kenduri kahwin, majlis berkhatan, kenduri kesyukuran dan sebagainya. Tidak kurang juga yang akan mengadakan dan mengendalikan sendiri majlis-majlis tersebut. Kali ini Nasi Malaysia ingin memberikan anda resepi untuk membuat Nasi Ambeng yang semakin popular pada masa kini. Nasi Ambeng bukan sahaja diminati oleh kalangan penduduk yang berketurunan Jawa malah telah diminati oleh kebanyakan penduduk Malaysia. Cuma bahan dan cara membuatnya agak rumit sedikit. Walau bagaimana pun, apa salahnya kalau kita mencuba untuk membuatnya sendiri.. Selamat mencuba.....

Nasi Ambeng

Bahan-bahan Asas:
Beras 1 gantang - dibasuh dan ditanak
10 ekor ikan masin bulu ayam - digoreng

 Bahan-bahan Mee Goreng:
1 kg mee kuning
200 gm udang basah yang kecil
100 gm taugeh
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 sm halia - dihiris
1/2 sudu makan gula pasir
3 batang sawi - dipotong kecil
Sedikit kicap manis
Sedikit kicap masak
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah berbau, masukkan cili kisar.
2.  Kemudian masukkan udang, gula pasir dan dikacau rata. Seterusnya masukkan sawi dan biarkan hingga layu.
3.  Masukkan pula mee dan kicap manis. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul sehingga rata. Tutupkan api.

Bahan-bahan Serunding:
200 gm kacang tanah - digoreng dahulu kemudian asingkan.
200 gm udang kering - ditumbuk
4  ulas bawang merah - ditumbuk
3  ulas bawang putih - ditumbuk
1/2  sudu makan rempah biji - ditumbuk
1  sudu teh jintan manis - ditumbuk
2  hiris lengkuas - ditumbuk
1/2  biji kelapa parut - diramas sekali
Sedikit asam jawa - diramas sekali
1 1/2  sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk.
2.  Masukkan kelapa parut, gula, garam dan serbuk kunyit. Digaul hingga rata. Kemudian masukkan sehingga agak kering. Setelah masak, ambil kacang tanah yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaulkan bersama bahan yang dimasak tadi.

Bahan-bahan Sambal Goreng:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
100 gm tauhu kering - digoreng kemudian diramas-ramas.
1 paket suhun - digoreng kemudian diramas-ramas
3 keping tauhu putih - dihiris kecil dan digoreng
4 keping tempe - dihiris kecil dan digoreng
2 biji kentang - dihiris kecil dan digoreng
10 tangkai cili kering - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan minyak masak
Sedikit kicap pekat
Sedikit udang kering
Sedikit udang basah

Cara Membuat:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga berbau wangi. Masukkan cili kering, udang kering dan udang basah. Setelah bahan tadi agak masak, campurkan dengan bahan-bahan yang telah pun digoreng. Masukkan gula dan kicap pekat secukup rasa. Jika agak kering, masukkan sedikit air agak-agak 1/2 cawan agar kelihatan sedikit basah.

Bahan-bahan Tumisan Jawa:
3 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 paket suhun - direndam
2 biji kentang - dipotong kecil memanjang
Kacang panjang - dipotong menyerong
Kacang soya - direbus sehingga empuk
50 gm ikan bilis
4 keping tempe - dipotong kecil
100 gm udang basah yang kecil
2 biji cili merah - dihiris
Santan pekat - daripada 1 biji kelapa
1 1/2 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat:
Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan udang, kentang, kacang panjang, tempe, kacang soya dan santan pekat bersama gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering.

Bahan-bahan Ayam Goreng:
1 ekor ayam - dibersih dan dibelah empat.
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat:
1.  Gaul ayam bersama kunyit dan garam. 
2.  Goreng dalam minyak yang banyak sehingga ayam menjadi garing. Toskan.

Tumisan jawa, serunding & mee


Monday 21 November 2011

Nasi Keseri

Nasi Keseri

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi - dibersihkan
300 gm tomato - dipotong kecil
150 gm minyak sapi
250 ml sos tomato
200 ml susu cair
2 biji lobak meah - dihiris
4 sudu makan rempah beriani
1.5 liter air
2 sudu makan air mawar
6 tangkai daun bawang - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A):
2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
3 biji cili hijau - dihiris
3 biji cili hijau - dihiris
3 tangkai daun kari
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

Bahan-bahan (B) dikisar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk.
2.  Masukkan bahan(A), (B) dan rempah beriani. Bila garing, masukkan air.
3.  Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Masukkan sos tomato, buah tomato dan beras.
4.  Setelah nasi kering, taburkan lobak merah dan air mawar. Kacau hingga rata.
5.  Perlahankan api, tutup periuk dan masak hingga nasi kering.
6.  Hias dengan daun bawang sebelum dihidangkan.

Sunday 20 November 2011

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

If you ain’t cooking, watch who’s cooking on #MasterChefMY & win urself Panasonic appliances + iPad!

If you ain’t cooking, watch who’s cooking on #MasterChefMY & win urself Panasonic appliances + iPad!

Nasi Turki

Nasi Turki

Bahan-bahan:
900 gm beras siam - dibersihkan
1.7 liter air
450 ml stok ayam
100 gm kacang pis
4 biji telur rebus 
1 biji bawang besar - dihiris
3 sudu makan tomato puri
2 sudu makan susu manis
1 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 tangkai daun sup

Bahan-bahan (A):
400 gm daging kisar
500 gm kentang - direbus & dilecek
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:
1.  Satukan bahan (A) hingga rata. Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Ketepikan.
2.  Panaskan 4 sudu makan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang besar hingga garing.
3.  Masukkan kacang pis, susu manis, daun saderi, tomato puri, serbuk lada sulah dan garam. Gaulkan hingga rata.
4.  Kemudian masukkan beras, stok ayam dan air secukupnya. Masak hingga nasi kering.
5.  Aturkan telur rebus dan bebola daging di atas nasi. Tutup periuk dan masak lagi hingga nasi kering.

Saturday 19 November 2011

Nasi Telur Halba

Nasi Telur Halba
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 biji telur
1 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
2  1/2 sudu makan air
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan halba
1 sudu teh garam 
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan 
1 biji bawang besar - dikisar (A)
8 gm halia - dikisar (A)

 Cara Membuat:
1.  Bersihkan beras dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan (A), air, halba, garam, kulit kayu manis, daun pandan dan minyak sapi.
2.  Masak hingga nasi kering. Tutup periuk dan kecilkan api.
3.  Kemudian masukkan telur satu persatu. Caranya buat lubang pada nasi dan sebiji telur. Tutupkan dengan nasi semula. Biarkan nasi ini masak selama 2 minit. Tutupkan api.
4.  Hidangkan nasi ini dengan lauk-pauk.

Friday 18 November 2011

Nasi Nanas

Nasi Nanas
Bahan-bahan:
1 kg beras wangi - dibersihkan
2.2 liter air
200 ml air nanas*
80 gm kismis
200 gm nanas - dikiubkan 2 sm
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A):
6 biji cili merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 sm halia - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak dalam kuali. Goreng nanas hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2.  Masukkan 4 sudu makan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan (A) hingga garing.
3.  Masukkan air nanas, garam, beras dan air. Masak hingga nasi kering.
4.  Akhir sekali, masukkan nanas goreng, kismis dan tutupkan periuk.
5.  Perlahan api dan masak lagi selama 8 - 10 minit.

* Kisar 100 gm nanas dengan 200 ml air kemudian tapis.

Nasi Khosari

Nasi Khosari
Bahan-bahan:
600 gm beras basmathi - dibersihkan
400 gm kacang dal hitam
50 gm bawang goreng
40 gm daun parsli
1.5 liter air
3 sudu makan minyak sapi

Bahan-bahan Sos:
250 ml sos tomato
6 ulas bawang merah - dihiris
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Rebus kacang dal hingga empuk. Toskan
2.  Panaskan 2 sudu makan minyak sapi dalam periuk. Masukkan beras dan goreng sekejap.
3.  Kemudian masukkan kacang dal dan air. Kacau rata dan tutupkan periuk.
4.  Setelah nasi masak, taburkan bawang goreng dan daun parsli. Gaulkan hingga rata.
5.   Bahan sos: Panaskan lebihan minyak sapi dan tumiskan bawang merah hingga layu.
6.  Masukkan sos tomato, air, lada hitam, jintan manis dan garam. Didihkan perlahan-lahan hingga sosnya pekat.
7.  Hidangkan nasi ini dengan sos.

Friday 11 November 2011

Nasi Ketam

Nasi Ketam

Bahan-bahan:
1 kilo ketam
1 kilo beras basmathi
1.8 liter air
100 gm majerin
50 gm minyak sapi 
20 gm gula batu
3 biji buah pelaga - bahan penumis
3 kuntum bunga cenngkih - bahan penumis
1 batang kulit kayu manis - bahan penumis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A) dikisar:
10 ulas bawang meah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
7 - 10 tangkai cili kering
2 cm halia

Cara Membuat:
1.  Ketam dibersih dan dibelah dua.
2.  Satu bahagian digoreng dengan minyak. Satu bahagian lagi dikeluarkan isinya. Ketepikan.
3.  Panaskan minyak sapi dan majerin dalam periuk. Tumiskan bahan penumis, bahan (A) dan isi ketam hingga berbau. Masak selama 3 min it. Kemudian tuangkan air.
4.  Bila mendidih masukkan beras, gula batu dan garam. Masak hingga kering airnya.
5.  Keluarkan sebahagian daripada nasi tadi. Letakkan ketam goreng di atas nasi dan tutupkan dengan nasi yang dikeluarkan tadi.
6.  Tutup periuk dan biarkan nasi masak denga api perlahan selama 5 minit lagi.

Nasi Kabuli

Nasi Kabuli
Bahan-bahan:
1.5 kg beras basmathi - dibersihkan
2.7 liter air - dihiris
200 gm halia - dihiris
200 gm bawang putih - dihiris
200 ml minyak masak
160 gm biji gajus - dipanggang
10 - 12 tangkai daun bawang - dihiris
1/2 sudu makan kicap pekat

Bahan-bahan (A) disatukan:
5 gm daun pudina
125 ml air
Garam secukup rasa
* Rebuskan hingga tinggal 30 ml 

Bahan-bahan (B):
150 gm daun ketumbar
75 gm jintan putih - disangai & tumbuk kasar
75 gm jintan manis - disangai & tunbuk kasar
35 gm serbuk lada hitam
15 gm buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

Cara Membuat:
1.  Gaulkan beras dengan bahan (A) dan (B), minyak dan kicap pekat hingga sebati.
2.  Didihkan air dalam periuk. Masukkan campuran beras dan masak seperti biasa.
3.  Apabila nasi hampir kering, masukkan daun bawang, bahan yang dihiris dan gajus.
4.  Perlahankan api kemudian tutupkan periuk dan masak lagi hingga nasi masak sempurna.

Saturday 5 November 2011

Nasi Bokhari


Bahan-bahan:
750 gm beras siam - dibersihkan
500 ml stok ayam*
1.3 liter air
2 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji lobak merah - dipotong dadu
100 gm kacang pis
1 sm halia - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh rempah campur
1 1/2 sudu teh pewarna kuning
60 gm badam goreng
30 gm bawang goreng
40 gm kismis
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang besar, halia, kulit kayu manis dan rempah campur hingga berbau wangi.
2.  Masukkan stok ayam, pewarna kuning, garam dan air.
3.  Apabila mendidih, masukkan beras. Masak hingga nasi kering.
4.  Kemudian masukkan lobak merah, kismis, kacang pis dan badam.
5.  Perlahankan api, tutup periuk dan biar nasi masak lagi selama 5 - 8 minit.

*  Air rebusan ayam atau air tambah 1 kiub pati ayam (stock cube)

Thursday 3 November 2011

Nasi Daging


Bahan-bahan:
900 gm beras siam - dibersihkan
500 gm daging - dipotong kiub
80 gm serbuk rempah kurma
2.2 liter santan - dari 1 1/2 biji kelapa
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 helai daun pandan - disimpulkan
3 tangkai daun sup
4 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A):
10 ulas bawang merah - dikisar
5   ulas bawang putih - dikisar
4   sm halia - dikisar
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh jintan manis
4 batang serai - diketuk

Air Asam (satukan semua bahan):
8 ulas bawang merah - dihiris
2 biji tomato - dihiris
9 biji cili padi - dihiris
4 biji cili merah - dihiris
1 sudu makan kerisik
1 sm belacan - dibakar
150 ml air asam jawa
1 biji jus limau nipis - ambil jusnya
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan (A) hingga berbau.
2.  Masukkan rempah kurma, serbuk jintan manis dan masak hingga garing.
3.  Kemudian, masukkan daging, santan, daun pandan dan garam. Kacau hingga rata.
4.  Apabila mendidih, masukkan beras. Perlahankan api dan masak hingga nasi kering.
5.  Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun limau purut. Gaulkan hingga sebati.
6.  Hidangkan nasi ini dengan air garam.

Nasi Hujan Panas


Bahan-bahan:
500 gm beras basmathi - dibersihkan
900 ml air
3 sudu makan minyak sapi
5 ulas bawang merah - dihiris (A)
1 ulas bawang putih - dihiris (A)
1 cm halia - dihiris (A)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan (A), kulit kayu manis dan bunga cengkih.
2.  Masukkan beras, garam, daun pandan dan air. Masak hingga nasi kering.
3.  Titiskan tiga jenis pewarna pada nasi. Tutup periuk selama 6 - 8 minit.
4.  Gaulkan nasi itu hingga warnanya bercampur rata.
5.  Biarkan nasi kering dengan api yang perlahan. Hidangkan nasi ini dengan lauk.

Tuesday 1 November 2011

Nasi Ikan

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi atau beras biasa - dibersihkan
3 - 4 keping ikan jenahak atau 1 ekor ikan bawal
15 ulas bawang merah - dibuat bawang goreng. Goreng & diramas.
6 ulas bawang merah - ditumbuk (A)
4 ulas bawang putih - ditumbuk (A)
5 gm halia - ditumbuk (A)
1 helai daun pandan
10 tangkai daun pudina
Minyak masak secukupnya
5 biji tomato - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
Sedikit serbuk kunyit, garam & gula pasir

Bahan-bahan (B):
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sm kulit kayu manis
Goreng bahan (B) tanpa minyak dengan api kecil supaya tidak hangus. Kemudian kisar hingga halus.

Cara Membuat:
1.  Ikan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing.
2.  Panaskan 7 - 8 sudu makan lebihan minyak goreng ikan tadi. Tumis hirisan bawang merah hingga kuning. Masukkan bahan (A) dan (B).
3.  Masukkan tomato, cili hijau dan bawang goreng. Kacau rata. Masukkan 4 cawan air, garam dan 1 sudu teh gula pasir.
4.  Akhir sekali, masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih sekejap. Keluarkan ikan dan biarkan kuah dalam periuk.
5.  Masukkan beras ke dalam periuk berkuah tadi dengan daun pandan. Jerang hingga nasi masak. Kecilkan api, masukkan daun pudina dan gemburkan nasinya. Masukkan semula ikan tadi. Tutup periuk selama 2 - 3 minit.

* Sukatan air untuk beras biasa bebeza dengan air untuk beras basmathi. 100 gm beras biasa/wangi, gunakan 225 ml air. 100 gm beras basmathi, gunakan 180 ml. 1 cawan beras = 210 gram

Nasi Sayur-sayuran

Bahan-bahan:
300 gm daging batang pinang - dihiris nipis
3 cawan beras basmathi - dibersihkan
1 1/2 cawan sayur campur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa
4 - 5 ekor udang besar
4 - 5 ekor sotong sederhana besar - buang kulit & urat hitam
4 - 5 biji telur rebus - digoreng sekejap
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan rempah daging
1 1/2 sudu teh rempah garam masala
1 sudu teh tomato puri
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 batang kulit kayu manis
2 biji bawang besar - dikisar (A)
5 ulas bawang putih - dikisar (A)
10 gm halia - dikisar (A)
5 ulas bawang merah - dihiris
2 biji tomato - dibelah 8
4 tangkai cili hijau - dibelah 2
Air secukupnya

Cara Membuat:
1.  Masak beras dengan 4 cawan air hingga keing. Tutup periuk dan kecilkan api.
2.  Panaskan minyak sapi dan minyak masakdalam periuk. Tumiskan bawang merah. Masukkan kulit kayu manis, bahan (A), bawang merah dan rempah-rempah.
3.  Masak rempah ini biar lama sedikit dengan memasukkan air sedikit demi sedikit dan kacau selalu hingga berbau.
4.  Masukkan buah tomato, cili hijau dan tomato puri. Seterusnya masukkan daging dan 3 cawan air. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
5.  Apabila kuah agak kering sedikit, masukkan udang, sotong, telur, daun pudina, susu cair dan santan. Kacau rata dan masukkan pula garam dan gula pasir.
6.  Bubuh sayur campur di atas nasi dan tutupkan periuk sekejap. Kemudian buka penutup dan gemburkan      nasi itu sambil masukkan daging, sotong dan telur ke dalam nasi. Tutupkan periuk semula dan biarkan selama 3 - 4 minit.
7.  Semasa menghidang, masukkan nasi dalam setiap satu pinggan bersama 1 ekor udang, 1 ketul daging, 1 ekor sotong dan sebiji telur.